Hallo August. Hye Mr



Assalamualaikum

Selamat bulan baru. Macam mana dengan bulan 7 korang. Ada banyak cerita menarik tak. Mirul nak cakap bulan lepas banyak perkara suka duka yang datang. Mirul rasa bulan lepas ialah bulan malang bagi Mirul. Sebab banyak yang teruk daripada yang baik.

Bulan 8 ni pula, Mirul akan menghadapi Ujian Percubaan PT3. Untuk pengetahuan korang, memang susah nak jawab. Kalau PT3 yang betul, mesti Mirul dah pengsan. Ujian bertutur BM, nampak senang. Ujian mendengar BM pun nampak senang tapi BI kedua-duanya susah. Nak buat macam mana. Lahir lambat lagi. Kan dah kena hadap PT3.

Mirul juga berharap bulan 8 ini akan memberika sejuta kebaikan dalam hidup Mirul. Bila cakap pasal bulan 8, itu maknya nak dekat cuti sekolah. Yeahhh!!!. Seronoknya.. Mirul harap korang boleh doakan Mirul untuk berjaya dalam PT3. Good luck for me.

Nama Untuk Hamster Mr



Assalamualaikum
Hallo korang. Korang ada bela haiwan peliharaan tak. Ikan ker, ayam ker, burung ker, kucing ker. Apa-apa pun tak apa. Mirul tengah tunggu hamster jantan Mirul. Tapi masalahnya, Mirul belum ada nama ataupun apa-apa gelaran. Jadi Mirul dengan kakak Mirul dah berusaha nak cuba cari Nama yang sangat sesuai. Tapi malangnya, satu nama pun Mirul tak tahu. Macam mana ni yer.

Dengan ini, Mirul nak minta kerjasama korang untuk bagi beberapa cadangan atau nama-nama yang sedap. Ikut suka hati korang lah. Bila korang dah pilih nama. Korang terangkanlah apa maksud nama yang korang bagi. Mirul akan pilih yang sesuai, sedap dipanggil, dan mempunyai maksud yang sedap. Jadi, Mirul nak minta tolong sangat. Okey

Sekian

Kasut Beroda Mr




Assalamualaikum

Hye korang. Buat apa tu. Dah makan. Hari ni Mirul nak ceritakan pasal kasut beroda. Korang pernah main tak kasut beroda. Mirul tahun ni baru start main. Seronok sangat rasanya. Sekarang Mirul tengah tak sabar nak belikan kasut beroda. Tapi tak lah secantik gambar di atas. Gambar di atas hanya lah perhiasan. Mirul mula-mula tak rasa yang main ni seronok. Mirul selalu cakap dekat kawan Mirul "Bukan seronok pun main roller blade". Bila dah main. Rasa macam nak main sekali lagi. Rasa malu cakap macam tu dekat kawan Mirul.

Yang paling seronok. Mirul jumpa kawan baru yang sama nama dengan Mirul. Tapi dia terlampau muda bagi Mirul. Mirul 15 dia 11 tahun. Muda sangat. Tapi umur bukan penghalang untuk Mirul berkawan dengan dia. Dia sporting tak sombong. Baik jer perangai dia. Macam Mirul pun ada. Hahaha . Perasan sekejap. Jangan marah yer. Mirul harap Mirul akan kekal berkawan dengan dia untuk selamanya

Sekian

Raya Apa Tahun Ni MR (2015)


Assalamualaikum

Hye korang. Apa khabar sihat ker?? Macam mana dengan raya korang. Raya Mirul rasa macam biasa saja. Tapi boleh juga dikatakan seronok . Mirul raya tahun ni ada buat rumah terbuka. Itulah yang akan jadi lebih seronok. Raya dengan saudara, sepupu boleh jadikan lagi seronok .Macam-macam terjadi dekat raya tahun ni.Antaranya, dapat hamster. Seronok dapat hamster. Mirul beli hamster winter white. Harganya RM 13. Boleh lah murah. Mirul beli 3. Tapi ada dua. MATI ??. Mana ada mati. Lagi satu kene tempah. Sebab jantan sudah habis. Yang dua ekor tu betina. Jadi kena lah ada jantan. Baru ada zuriat. Nama?? Nama belum letak. Tak ada idea. Kalau korang ada idea yang hebat lah sangat boleh lah komen. Mirul dah buntu nak letak nama apa. So tolong-tolong lah.

Raya tahun ni juga Mirul beraya dengan telefon baru. Telefon apa?? Biarlah rahsia agaknya sebab telefon murah. Telefon korang mesti mahalkan. Tak apa murah. Sebab telefon ni kamera dia cantik. Murah tapi untung hahahhaha. Kamera 8 MP. Macam mana tak cantik. 

Raya tahun ni juga Mirul dapat baju dan kasut yang Mirul dah lama impikan. Baju jenis bandana dan kasut kulit warna coklat milo. Cuba korang bayangkan. Cantik kan. Tapi sebenarnya Mak tak kasi beli. Tapi last-last dapat juga. Huhu. Gembira lah weh.

Raya tahun ni juga target raya telah pun dicukupi. Jadi macam mana dengan raya korang??