Kenapa Mr Mirul Berblogging


 Assalamualaikum

Mirul dulu ada blog. Mirul dah start main blog ni dari darjah 4 lagi. Dari situ Mirul cuba belajar satu demi satu. Susah juga untuk buat blog masa darjah 4. Darjah 5 Mirul berhenti dari buat belog. Darjah 6 Mirul sambung balik tapi buat blog baru. Tingkatan 1 Mirul buat blog untuk kelas. Naik form 2, Mirul buat blog untuk buat novel. Mirul suka sangat buat novel. Form 3, Mirul stop sebab laptop Mirul rosak. Lepas itu, mak beli laptop baru. Mirul buka blog lama, tengok-tengok blog Mirul dah rosak. Jadi tercipta lah belog baru yang bernama Mr Mirul.

Kenapa Mr Mirul. Tak ada nama lain ke. Sebenarnya Mirul suka sangat logo misai ni. Misai ni macam trend. Apatah lagi baju or kasut yang ada gambar misai. Jadi Mirul kaitkan Misai dengan gelaran Mr. Tu yang wujudnya Mr.Mirul.

Mirul buat blog sebab Mirul suka berblogging. Tapi ingat, Mirul juga suka buat vlog, novel, komik dan melukis. Mirul pandai lukis freebies doodle tapi Mirul tak boleh download app dia. Jadi Mirul tak boleh  buat.

Untuk makluman korang, Mirul ni jenis yang pendamkan sejuta masalah dalam diri. Mesti ada orang kata "Kenapa tak luahkan dekat best friend". Sejujurnya Mirul tak ada best friend. Mesti ada orang tak percaya. Mirul memang ada banyak kawan. Tapi hanya kawan bukan best friend. Faham!!. Jadi blog inilah best friend Mirul. Mirul boleh ceritakan macam-macam yang Mirul nak dekat sini.

Kenapa blog Mirul warna biru. Mirul sebenarnya suka warna hijau dan oren. Mirul pilih biru sebab warna dia tenang dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk meluah.Hijau pun sesuai. Tapi ia hanya boleh dikaitkan dengan ketenangan diri sahaja. Warna oren pula hanya sesuai untuk suasana ceria.

11 ulasan:

  1. comel betul blog, hahaha, apa yang mirul suka tuh semua CP suka jugak tapi buat masa nih, CP berblogging jelah.tu paling senang dan pada masa yang sama serononk :D

    BalasPadam
  2. sop berblog sebab sebagai diary online :)

    BalasPadam
  3. Mahu putih dan jadi Gebu? Ikuti tips menarik disini Pemutih Semulajadi

    BalasPadam
  4. Teruskan blogging. Blogging ni best sebenarnya. Ia macam diary. Tempat luahan perasaan, masalah. Tak semua perkara kita boleh cerita pada kawan-kawan, sebab kadang-kadang ada kawan yang makan kawan, kaki menghina, tak reti jaga aib orang dan sebagainya.

    By the way, blog awak comel ! haha. tenang je warna biru ni :)

    BalasPadam
  5. darjah empat dah ada blog ? kipidapp ! haha

    BalasPadam
  6. Selamat kembali ber blog ye ;)

    BalasPadam
  7. nice to meet ur blog adik mirul..

    BalasPadam
  8. good luck ye mirul.. akak doakan mirul berjaya dalam penulisan blog...

    BalasPadam
  9. haha teruskan berblogging. dasat betul darjah empat dah ade blog. xD

    BalasPadam