Tips Menjaga Hamster Korang

Jenis Hamster

Kalau korang nak tahu hamster mempunyai macam-macam jenis. Antaranya roborovski, winter white, cambell, syrian. Hamster yang Mirul galakkan untuk dibela ialah Winter White. Syrian boleh dibela tapi dia jenis pemalas dan hidup bersendirian. Roborovski juga boleh dibela tapi lasak dan suka melompat-lompat. Mirul jumpa roborovski. Dan apa yang Mirul nampak di susah nak dijaga dan dijinak tapi senang dijodohkan. Campbell dia sama macam winter white.

Tips Memilih Hamster


Mula-mula korang kena pilih jenis hamster korang. Sebelum beli hamster, kena beli sangkar dan barang-barangnya. Hamster korang mesti beli pasangan. Maksudnya jantan dan betina. Sebab Mirul pernah beli jantan lambat. Bila Mirul masukkan dalam sangkar dia bergaduh. Antara barang yang kena beli ialah roda hamster, sangkar, rumah hamster, bedding (serbuk kayu), travelling ball, bathroom untuk hamster, makanan, air vitamin dan sand bath atau pasir mandi. Untuk sangkar, korang kena beli dua. Takut beranak pula.

Cara membela

Untuk yang membela, Jangan bermain dengan hasmter korang pada hari pertama korang beli. Tapi korang boleh tengok hamster korang sambil sebut nama dia. Nanti dia akan terbiasa. Korang mesti usap hamster korang bila ada waktu. Pastikan dia mandi setiap hari. Jangan mandi air sebab takut dia selsema dan terus mati. Pastikan ada permainan supaya dia boleh hilangkan stres. Sebab stres pun berbahaya untuk hamster. Bawa dia pijak rumput kalau ada masa. Pastikan dia cukup makan. Sangkar pula kena bersihkan seminggu dua kali sebab semut senang datang dekat sangkar. 

Tips Kesihatan Hamster

Kalau hamster korang berdarah, jangan sesekali risau sebab hamster punya air liur ada kuasa. Bila dia jilat darah tu. Esoknya hilang. Kalau darah teruk kenalah bawa klinik. Hamster pun ada fobia. Kalau dia terkejut dan fobia. Badan dia akan bergetar sepanjang hari. Tapi untuk langkah jaga-jaga. Boleh hantar ke klinik haiwan. Untuk hamster yang sakit mata, boleh bawa ke klinik. Ataupun banyakkan memberi air vitamin dan makanan vitamin.

Hamster mengawan

Untuk hamster yang nak mengawan. Korang boleh tahu. Hamster jantan akan kejar si betina dan hinggap dia atasnya. Bunyi hamster juga menandakan hamster sedang melakukan. Si betina akan sentiasa lari bila si jantan cuba mengawan. Jangan risau. Biarkan saja kerana si betina akan berhenti dan jantan akan membuat proses mengawan.

Hamster Hamil

Untuk hamster yang hamil. Dia akan mula marah pada jantan. Hamster boleh beranak dalam beberapa minggu bergantung pada jenis hamster.

Kelahiran Hamster

Apabila hamster mahu lahirkan anak. Dia akan sentiasa memarahi jantan. Betina juga akan membuat sarang dengan serbuk kayu. Kalau nak senang cerita. Bila nak masuk hari kelahiran. Mula asingkan. Hamster jantan akan makan anak-anak hamster. Biarkan ia dengan ibu. Korang tak boleh tengok anak hamster yang tak ada bulu. Takut ibunya pula yang makan anaknya. Pastikan korang dah letak air dan makanan yang banyak. Sebab korang tak boleh tengok anak hamster selalu. Kalau nak lebih selamat. Korang boleh tutup sangkar dengan kain. Pastikan kain korang ada lubang untuk bernafas. Kalau anak hamster korang dah tumbuh bulu. Biarkan dia lama dengan ibunya dalam seminggu atau dua minggu. Ini takut dia masih perlukan ibu dia. Bila dah buat macam tu. Boleh letakkan disangkar lain supaya boleh hidup berdikari. Sekian



19 ulasan:

  1. nampaknya olaf dah ada tuan baru.. huhuhuuu~

    btw, first time tahu cara nak jaga hamster.. thanks~ ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. most welcome. Kalau nak bela hasmter boleh rujuk

      Padam
  2. CP membalas singgahan kat sini, wah cantiknya blog !!!!

    cecomel jer even lelaki, hehehe

    pasal hamster nih, CP suka, comel tapi taleh pelok macam kucing, hehehe

    BalasPadam
  3. terbaik!! kipidap!

    fie singgah follow sni #45.. hit me back sometime :)

    BalasPadam
  4. Comelnya blog awak. Hehe :) first time baca tips penjagaan hamster :D

    BalasPadam
  5. Bela hamsters ye..:)
    Akk dulu ade bela hamsters tp sekarang bela arnab plak

    BalasPadam
  6. boleh tolong anak saya x
    anak saya dia bela hamster syrian tapi hamster tu betina.
    dia nampak macam selalu menggigil .lepas tu dia duduk berseorangan dlm sangkar.
    kalau macam tu dia boleh beranak ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk hamster... cuba beli si jantan...dan cuba masukkan sekali si jantan dengan si betina... kalau si betina dan si jantan bergaduh hingga berdarah, itu maknannya si betina akan terus single... kerana sesetengah hamster kita boleh satukan dengan membuat bau mereka sama... tapi ada hamster takkan dapat disatukan kecuali hamster itu disatukan dengan anaknya atau adik beradiknya...

      Padam
  7. hamster syrian anak saya jarang minum air yang saya sediakan .ANAK SAYA RISAU

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk langkah berjaga-berjaga... sediakan saja air di dalam sangkar... kalau dia masih tak minum...cuba hulurkan muncung botol kepada mulut si hamster...kerana tkut dia tak tahu cara nak minum air lgi

      Padam
  8. hamster syrian anak saya jarang minum air yang saya sediakan .ANAK SAYA RISAU

    BalasPadam
  9. anak hamster kene letak kat mane?

    BalasPadam
  10. anak hamster kene letak kat mane?

    BalasPadam
  11. Macam mana nak tahu jantina hamster?

    BalasPadam
  12. Kat mana klinik haiwan yang check hamster. Area kl eh?

    BalasPadam
  13. Hello.. Sy ikaa Firstime Bela Hamster tapi Hamster yg sy beli aktif sangat �� macam mana kak Jinak kan Spaya blh pegang? Nie asal sy nak tngkap dia xhenti goyang �� #sorry Firstime nie Xtau sgt ��

    BalasPadam