Mr Mirul Dulu & Sekarang

Assalamualaikum. Sudah lama tak menaip di blog ini. Kali ini, Mirul nak mengisahkan tentang diri Mirul yang dulu dan diri Mirul yang sekarang. Mirul mula dari darjah 1. Masa Mirul darjah 1, Mirul tak pandai baca langsung. ABC pun Mirul tak kenal. Setelah mak Mirul tahu yang Mirul tak pandai baca. Mak Mirul mula kan misi sebagai mak. Mak Mirul didik Mirul sepenuh tenaga untuk jadikan Mirul pandai membaca. Sudah beberapa hari belajar dengan mak, Mirul mula dapat membaca. Dan Mirul dapat banyak anugerah. Tapi semuanya tak membawa ke mana. Mirul masih di kelas tercorot.

Sekarang Mirul akan membawa kisah Mirul masa darjah 6. Mirul selalu dapat markah yang teruk dalam Matematik. Sangat teruk. Mirul tak tahu nak buat macam mana. Lepas tu, Mirul cuba tumpu pada kelas. Syukur sebab Mirul tak gagal Matematik dalam UPSR. Mak Mirul pun terkejut.

Sekarang Mirul bawa korang masa Mirul tingkatan 1. Semasa Mirul tingkatan 1, Mirul berada di kelas ke-6 dari 7 kelas. Mirul gagal Matematik banyak kali semasa tingkatan 1.

Sekarang Mirul bawa korang ke tingkatan 2. Semasa tingkatan 2, Mirul mula naik kelas ke-5 dari 7 kelas. Mirul tak tahu kenapa Mirul ada kat kelas tu. Selepas tu, dekat kelas tu ada murid orang asli. Sebenarnya seronok juga berkawan dengan orang asli. Dalam kelas tu juga, ada cikgu yang banyak berjasa untuk Mirul. Dia cikgu matematik. Banyak dia dah ajar pada Mirul. Semenjak dia ajar Mirul. Matematik Mirul jadi lebih baik dari dulu. Bahasa Enggeris pun Mirul dah mula baik di kelas ni.

Sekarang kita ke tingkatan 3 ataupun tahun ni. Untuk maklumat korang, Mirul naik kelas lagi iaitu kelas ke-4 dari 7 kelas. Kelas ke 3 dan 4 ialah kelas yang tergolong kelas budak pandai. Kelas 1 dan 2 pula kelas paling pandai. Mirul kelas ke-4. Dekat kelas ni, ada cikgu yang mula bagi Mirul mula pandai dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih cikgu. Sekarang Mirul asyik lulus matematik jer. Tak tahu lah pula kalau PT3 nanti fail matematik. Harap-harap tak lah. Mirul pula berpeluang jadi mentor matematik masa tingkatan 3.

Kalau korang baca dengan teliti, korang boleh nampak perkembangan Mirul. Dulu Mirul hanya sebuah benih yang semakin membesar menjadi pokok dan pokok itu mula hasilkan buah. Maknanya, dari kita tak tahu apa, kita mula tahu macam-macam. Orang cakap kalau nak bawa bekal kena ada lauknya sekali. Maksudnya, Kalau nak pandai, kena lah usaha. Kalau kita nak bangga kan hati ibu bapa kita. Kita kena lah banggakan diri sendiri. Jangan fikir bila kita berada di bawah, kita tak boleh yakin. Jangan harapkan orang luar bantu kita. Cuba dalami hati sendiri, otak sendiri. Baru kita tahu mana kelemahan kita. Dari situ, kita cuba untuk bina tangga. Tangga untuk apa. Untuk ke pintu kejayaan. Doakan Mirul berjaya PT3.

Assalamualaikum Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Mesti dah lama tak dengar khabar Mr Mirul. Mr Mirul ni tak tahu kenapa. Rasa malas nak buka komputer. Hari ni baru rajin. Mr Mirul wujud sekarang ni pon sebab nak ucapakan Selamat Hari Raya. Raya apa. Aidil Adha lol. Tengok lembu kena bedah ke sembelih. Apa-apa jer lah.

Korang pernah tengok lembu kena korban. Syok tak tengok. Korang pernah menangis tengok lembu kena korban. Ke korang gembira. Mesti banyak orang gembira kan.. Termasuk korang. Mestilah gembira. Nanti daging lembu tu kita kasi masak buat sop. Wahahahahahahhah (Gelak jahat).

Mirul pernah tengok lembu kena korban. Mirul sebenarnya rasa kesian sangat dekat mereka. Mirul rasa nak nangis jer tengok mereka. Aik .... Mirul pulak tadi Mr Mirul. Hahahahaha takper Mr Mirul tu abaikan jer lah. Saya gelarkan diri saya Mr.Mirul. Mirul tengok lembu tu. Mirul ada ketawa sekejap. Mirul nampak dia berak. Rasa macam nak muntah. Ini cerita tahun lepas. Tahun ni Mirul nak yang terbaik saja.


Mr Mirul Pergi Berperang Dengan PT3

Assalamualaikum. Mirul akan pergi berperang tak lama nanti. Ini demi masa depan hidup Mirul. Mirul akan berperang dengan PT3. Mirul dah mula siasat apa itu PT3. Mirul akan cuba cari kelemahan PT3 dengan mencari kelemahan Mirul. Mirul akan bekerjasama dengan Mr Otak untuk peperangan ini. Senjata pun telah disediakan. Pensil, pemadam, pengasah, pembaris, mesin pengiran, jangka lukis, jangka sudut dan banyak lagi.

Korang doakan Mirul berjaya dalam peperangan ini. Tak banyak orang yang berjaya dalam peperangan ini. Mirul harap Mirul akan jadi calon yang akan berjaya. Mirul harap Mirul akan dapat huruf yang terbaik dalam peperangan ini.

Untuk pertandingan itu, Mirul mungkin akan buat selepas PT3. Harap korang paham. Mirul kena fokus 100%. Harap difahami.

Mr Paper Exam VS Mrs Annabelle

Assalamualaikum

Sudah beberapa hari Mirul jawab soalan exam. Peperiksaan percubaan memang sangat susah. Mirul cuba untuk buat yang terbaik. Tapi disebabkan Mr Otak kurang memberi kerjasama. Mirul pun tak boleh jawab soalan. Mirul dah study tapi Mr Otak buang semua yang Mirul study. Nak jer marah Mr Otak ni. Tapi nanti Mirul tak berotak pulak.

Kali ni, Mirul tengah menunggu kertas soalan. Entah apalah yang Mirul akan dapat. Bila Mirul tengok Mr Paper Exam, Mirul rasa macam tengok Mrs Annabelle dekat-dekat. Rasa takut. Bila Mirul cuba menjawab soalan. Mirul rasa macam tengah sentuh Mrs Annabelle. Mirul rasa takut. Bila dah habis jawab. Mirul pulangkan kertas kepada Mr Cikgu.

Sudah tiba masanya, Mirul akan menghadapi Mr Paper Exam. Mirul akan tawakal dengan apa yang Mr Paper Exam bagi. Kalau Mr Paper Exam bagi markah yang teruk, dia memang nampak macam Mrs Annabelle. Mirul harap markah yang Mirul akan dapat ialah Markah yang terbaik bagi Mirul. Mirul harap Mr Paper Exam, Mr PT3, Mr Otak, Mr Cikgu, Mr Hati dan segala Mr memberi bantuan untuk Mirul menjawab soalan PT3 yang sebenar.