Berapa A Mirul ??

Assalamualaikum semua. Sihat. Mirul sihat jer. Hari ni Mirul dah ambil result PT3. Mesti korang nak tahu Mirul dapat berapa A. Mirul gagal ke tak ??. Sebenarnya Mirul tak gagal dan juga tak cemerlang. Tapi Mirul ada A. Mirul mendapat 4A. Itu pun dah dikira cukup. Subjek apa yang Mirul dapat A tu. Itu biarlah rahsia. Macam mana pulak dengan subjek lain. Itu pun biarlah rahsia.

Mirul sebenarnya rasa nak nangis walupun Mirul just dapat 4A. My mom dekat sekolah dah start nak menangis. Mirul apa lagi, Mirul tak kasi lah my mom menangis. BTW, mungkin my mom tak sangka anak dia dia ni pandai. Pandailah konon. Tapi bila Mirul tengok tangisan gembira my mom, Mirul mula terfikir. Tangisan tu tak cukup gembira. Mirul kena gembirakan my mom lagi waktu SPM.

Untuk tahun depan, Mirul tak pasti nak ambil aliran. Mirul mula-mula nak ambil sains. Tapi bukan sains tulen. Hahaha. Tapi Mirul bila nak besar Mirul nak jadi Animator. Kalau Mirul ambil sains, harapan nak jadi animator tu agak nipis. Jadi Mirul rasa baik Mirul ambil KG. KG dia ada kelas untuk melukis. Tapi mungkin banyak dapat assignment. Mesti penat. Tapi orang kata kalau nak berjaya jangan banyak songeh. Jadi Mirul kenalah usaha. Nanti masuk U macam ni juga kerjanya. Jadi Mirul kenalah hadapi nya.

Mirul nak ucapkan tahniah bagi sesiapa saja yang dapat straight A atau yang dapat banyak A. Untuk pengetahuan korang, BI Mirul B. Lepas ni boleh lah Mirul speaking. Pandai BI rupanya Mirul ni. Hahahahahahaha^^. Apa-apa pun, kita jumpa nanti. See ya !!

27 ulasan:

  1. taniah Amirul! usaha tangga kejayaan :D

    BalasPadam
  2. Mirul, belajarlah apa pun asalkan kita guna ilmu tu untuk kebaikan. Tahniah 4A bukan senang nak dapat! SPM buat leklok insyaAllah boleh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks. mirul akan buat terbaik untuk yg strusnya

      Padam
  3. tahniah mirul, semoga sentiasa cemerlang dalam hidup, paling penting kene rajin usaha, buat latihan, kuat semangat dan jangan lupa Allah. nanti spm, in shaa Allah dapat result lagi gempak. tahniah! tahniah! *maaf panjang pulak komen*

    BalasPadam
    Balasan
    1. x per.. mirul suka orang yang komen pnjng2.. btw thanks yeee

      Padam
  4. tahniah mirul. akk doa kan semoga kecemerlangan berterusan ke spm. u . family . dunia dan akhirat. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks kakak.... inshaAllah mirul doakan kakak jgk

      Padam
  5. Tahniah Mirul! 4A's pun not that bad. Bagus apa. Lepasni, focus untuk spm pula. Keep it up :D

    BalasPadam
  6. alhamdulillah tahniah mirul. akak haritu pun dapat 4A je *laugh alhamdulillah dapat jugak masuk kelas sains. insyaAllah ada usaha, ada hasil yg lebih besar. good luck for your future :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah kita sama.. tapi time akak pmr ker

      Padam
  7. tahniah mirul! teruskan tanam impian supaya senang target untuk spm kelak..okay?
    ^_^

    BalasPadam
  8. CONGRATZ MIRUL!
    Mirul dpat 4A pun dh bgus dan tk gagal. Akak agk perit skit dgn PT3 thun lepas~ hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah. sebab akak baru tahun benda pt3 ni. hahahaha

      Padam
  9. hahahha
    a big congratulations to you, mirul! :)
    good luck in chasing your dream, to be an animator :D

    BalasPadam
  10. Tahniah! Moga berjaya capai impian tu nanti! :) Bagi saya pt3 tu macam periksa biasa je sebab saya ambil pt3 tahun lepas. Hehe.. Akhirnya ditempatkan di kelas sains and tak dapat pilih. Boleh nak tukar tapi saya malas lah nak tukar2. Duduk je la kelas sains ni. Memang agak mencabar. Huhuhu..

    BalasPadam
  11. Hi mirul!
    Wow ok sangat dah tu!!!
    Hebak congrats!!!!!
    Adik qila tolol sikit so dia dpt 2A je hahahahahahaha
    but still wiwiwi congrats!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak baik ckp adk cm tu. btw thanks...

      Padam
  12. Tahniah dik. Usaha utk yg lebih baik lg ya. Perjalanan mac jauh InshaAllah :)

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Tahniah Mirul. 4A bukan senang nak dapat tu. Usaha lagi untuk SPM ok. Saya doakan Mirul :)

    BalasPadam