Cerita-Ceritu 2015

Assalamualaikum korang semua. Macam mana dengan 2015 korang. Best tak? Korang nak tahu ker aku punya 2015 macam mana. Haaaaa ni lah yang aku nak story kan. Kali ni aku akan cerita tentang 2015 aku. Maklumlah, nanti 2016.

Cerita pertama. Cerita pertama mestilah pasal PT3. Aku time jawab periksa awal tahun. Rasa takutnya macam nampak Annabelle kat depan. Waktu aku form 2, aku fikir PT3 ni payah lah. Bila aku dah naik form 3 baru aku tahu PT3 ni nampak saja susah. Tapi memang membantu. PT3 ni macam susah nak buat orang gagal. Aku tengok kawan aku yang bodoh-bodoh kurang pandai semua dapat A. Ada yang 3A. Ada yang 2A. Nampak tak, PT3 ni mudahkan kita dapat A dan menyukarkan kita dapat F. So bersyukurlah.

Cerita kedua. Datangnya ahli baru si Hamster. Kalau korang ikut blog aku dari dulu. Korang dah tahu story ni. Aku dapat hamster raya 2015. Seronok time tu. Punyalah comel si hamster tu. Pasal cerita hamster tak payah nak cerita panjang. Sebab aku rasa korang dah tahu.

Cerit ketiga. Kejutan dapat phone dari my mom. Aku waktu tu tengah baring ala-ala Puteri Salju tunggu dicium si putera. Muahahahaha^^. Tiba-tiba, my mom ajak aku dengan adik aku, akak aku ikut mak aku masuk kereta. Kitorang pun tak tahu mana kitorang akan sampai. Tengok-tengok, my mom bawak aku ke Dmall. Nak belikan phone untuk aku dan adik beradik aku katanya. Time tu, rasa nak melompat-lompat. Tapi malulah ramai orang.

Cerita keempat. Dapat si arnab. Aku dapat arnab akhir tahun 2015. Lama juga nak dapatkan arnab. Aku beli 3 ekor arnab. Katanya arnab puteri salju. KIKIKIKI^^. Tapi mati seekor. Siapa buat. Aku sendiri buat. Hahahah^^. Tinggal lah dua ekor arnab tu. So, kenalah jaga elok-elok arnab tu.

Sampai sini saja cerita-ceritu 2015 aku. Aku memang jenis tak suka taip panjang-panjang. Biar sikit, asalkan korang paham. Paham ke. Cakap tak paham, siap kau. Muahahahahahahahahaha. Gelak ahli sihir. Jumpa nanti. Seeya

12 ulasan:

  1. i doubt nanti 2016 akan ada entry pasal pilih aliran pulak . haha . decide nak amik apa next year awal-awal , nanti kalau tersalah piih rugi . btw , happy new year :)

    The Talking Diary

    BalasPadam
  2. 2015 aku tak best .. =.=" selamat memikir utk pilih aliran dik ^^
    http://kimchaa.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkan tk ad satu pun kisah manis. mesti ad kan

      Padam
  3. tahniah utk result pt3! untunglah dpt phone baru kan, hahaha
    bestnya dpt bela hamster ngan arnab!

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks akak. mmg sronok bila dpt bela haiwan comey2 ni

      Padam
  4. dah macam buat sinopsis tahun 2015 dah neh...hahaha...tahniah sbb dapat lalui 2015!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sinopsis. kalau tulis full story... bley lenguh jari..,uahahahah

      Padam
  5. susah tak jaga hamster? teringin nak bela tapi yelah selalu dok terbayang hamster tu mcm tikus sbb kite fobia dgn tikus hahaha anyway good luck in 2016!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bela hamster mudah jer. time cuci jer payah.. tpi kalau mmg pet lover....tk susah pn

      Padam
  6. banyak cerita best la 2015 kan.
    semoga tahun 2016 memberi penuh makna :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks BV......hope ur day jgk brmakna

      Padam