Ini Kelas Mr Mirul

Assalamualaikum. Nampaknya aku dah lama tak post entry-entry baru. Maklumlah dah start sekolah, tu busy. Korang apa khabar, sihat ??. Aku sihat jer. Hari ni aku nak ceritakan macam mana aku boleh berada di kelas KG1 yang dikatakan kelas kemanusiaan.

Baiklah. Start saja sekolah. Semua murid form 4 aku berkumpul dekat dewan. Dimana nanti cikgu dan pensyarah-pensyarah akan terangkan apa yang korang dapat bila masuk aliran ni aliran tu. Ada suatu hari tu. Ada pensyarah dalam fakulti seni lukis rasanya. Dia ada terangkan yang siapa yang ambil seni, maybe masa depan dia cerah. Pensyarah ni cakap, sesuatu lukisan boleh jadi mahal mengikut tahap sambung belajar. Maksudnya diploma, ijazah itu semua. Lagi tinggi korang belajar, lagi mahal korang punya lukisan.

Aku memang suka melukis tapi aku lebih minat dalam bahagian animasi. Sebab bila aku tengok cerita kartun dekat TV, aku terfikir macam karakter-karakter tu bergerak. Bila aku dah besar sikit, baru aku tahu ada orang gerakkan nya disebalik takbir. So aku terfikir, besar nanti aku nak reka cerita kartun aku. Aku pun ada impian nak buka studio animasi sendiri. Dan aku terfikir nak namakan studio animasi aku sebagai "Animega Studio". Harap-harap belum ada lagi nama studio ni. Sekirannya impian aku nak jadi pereka animasi tak tercapai, aku akan cuba jadi pelukis komik. Sebab aku boleh reka kerakter kartun aku sendiri. Sekiranya tak tercapai juga nak jadi pelukis komik. Jadi pelukis jalanan lah. Hahahahahahahaha^^. Studio kesukaan aku ialah Les Copaque. Di mana studio animasi ni mempersembahkan animasi "Upin & Ipin". Kalau boleh, impian aku nak jadikan cerita animasi aku sampai ke luar negara. Dan aku akan naikkan nama Malaysia. Amin...

11 ulasan:

  1. Minat seni rupenyaaa. Anyway, goodluck for your future

    BalasPadam
  2. Wahh, bagus cita2 tu. Gudluck mirul :)

    BalasPadam
  3. sama lah dgn impian adik sy. haha inshallah satu hari nanti :)

    BalasPadam
  4. all the best ! semoga dunia animasi malaysia akan dikenali seantero dunia ^^

    BalasPadam
  5. maju la seni untuk Malaysia! yeay~

    BalasPadam
  6. Akak masa kat sekolah ada buat animasi.Hehe best dapat pengalaman baru tapi akak pilih cita-cita lain sebab tu bukan minat akak xD Anyway good luck!

    BalasPadam