25 Perkara Yang Membuat Aku Gembira.


Assalamualaikum. Hari tu ada seorang blogger tag blog aku. So dalam tag tu dia suruh aku buat 25 perkara yang buat aku happy. Sebenarnya lebih dari 25 ni. Tapi tak apalah. 25 pun 25 lah.

1) Bermain dengan pet aku.
2) Ofcoz bukak blog menghappy kan aku.
3) Layan cerita kartun (walaupun dah tua, still layan kartun).
4) Main game dekat phone.
5) Main game dekat PS2.
6) Tidur (bila aku tidur, aku happy bila bangun tidur).
7) Belajar (belajar jadi seronok bila aku bosan).
8) Main badminton.
9) Main dengan budak-budak (budak senang buat aku happy).
10) Melukis (melukis memang buat aku happy).
11) Dapat ip6 (kalau aku dapat ip6, aku akan terbang).
12) Main rollerblade (benda ni happykan aku & hilangkan tension aku).
13) Menyanyi dalam bilik air (aku happy gila nyanyi dalam bilik air, suara macam Sonaone).
14) Tangkap gambar (aku suka tangkap gambar).
15) Dengar lagu (kekadang aku sedih bila dengar lagu).
16) Pergi Lost World of Tambun (sekali pergi, nak pergi lagi).
17) Makan maggie.
18) Shopping (selalunya shopping happykan girl tapi dia jugak happykan aku).
19) Menyelam dalam air.
20) Bila kawan gelak, aku pun gelak (walaupun tak tahu apa yang funny nya).
21) Tengok video vine malaysia.
22) Bila buat math selama 2 jam, dan akhirnya dapat jawapan. Bahagiaaaanya.
23) Tengok video amanWan.
24) Bila angin yang kuat tiup aku. Memang seronok.
25) Bila dapat A untuk subjek Math.

Yang aku tag ni, sila lah sediakan 25 perkara yang buat korang happy.







Top Vlogger Atau Top Youtuber

Assalamualaikum. Nampaknya dah lama aku tak taip menaip. Sebenarnya Google Chrome aku ini jahanam nam nam. Nak klik apa semua lambat. Sakit hati aku dibuatnya. Sekarang nampaknya elok lah sikit.

Baiklah, itu bukan topik yang aku nak bincangkan sekarang ni. Hari aku nak memperkenalkan beberapa top vlogger atau top youtuber. Mungkin ada yang korang kenal. Mungkin ada yang korang tak kenal

Mula-mula ialah Shazreen Fazlynda . Shazreen ni adalah salah satu youtuber perempuan. Kak Shazreen ni kebanyakkan memuat naik video seperti short film. Bila aku tengok video dia, pasti ada sedih, lawak dan nilai murni. Sekarang Kak Shazreen dah semakin popular. Macam mana aku tahu pasal video Kak Shazreen. Mula-mula kat FB penuh dengan viral video "Ragam Facebook". Waktu tu terdetik nak cari Kak Shazreen kat YouTube. Rupanya banyak lagi video lawak-lawak yang dia ada.

Seterusnya ialah group MrTheAllShared . MrTheAllShared ni ada nama singkat. Lebih senang kata nama dalam segi akronim. So nama pendek dia MTAS. Channel ni lebih kepada pendidikan agama. Videonya ada yang lawak dan ada yang serius. MTAS sekarang ni dah berjaya masuk TV. Video mereka jadi ending dalam cerita di TV AL-HIJRAH.

Okey, sampai disitu saja. Korang pergilah ke channel mereka. Sebenarnya aku kenal banyak lagi. Tapi ini saja youtuber atau vlogger yang aku rasa TERBAIKKK.

Aku Jadi Mr Pengawas

Assalamualaikum korang. Sebelum aku mulakan buka bicara. Biar aku tanya khabar korang. Korang sihat tak ? Kalau sihat baguslah.

Baik lah. Tahun lepas, aku mohon jadi pengawas PRS. Selepas aku hantar borang, aku dan kawan-kawan aku kena temu duga. Bila nak keluar dari bilik kauseling tu, aku dan kawan aku kurung kawan aku lagi sorang dalam bilik. Lepas tu cikgu PRS datang, dia tanya apa jadi. Kitorang pun bagi lah macam-macam alasan.

Lepas tu aku terus tak jadi pengawas PRS. Mungkin sebab kejadian hari tu. Kitorang pun cuba tanya cikgu, kitorang terpilih ke tak. Cikgu cakap tak. Sampai hari akhir sekolah, kitorang tak tahu jawapan. Nampak sangat kitorang tak dapat jadi pengawas PRS.

Syukur, hari ni aku jadi seorang pengawas sekolah. Huhuhu. Dapat pakai seluar hitam, kasut hitam. Muahahahahahahahaha. So benda ni boleh jadi bekal aku nak masuk U.

Mula-mula aku tak nak, aku tengok kawan aku ada yang join. Aku pun ambik tempat jugak. Aku harap aku boleh jadi pengawas yang betul-betul pengawas.


Oh My Folio

Dalam beberapa hari ni, aku agak sibuk menguruskan folio aku. Maklum lah korang sendiri tahu, semakin up form korang semakin banyak kerja folio BM. Aku memang malas gila bab folio ni. Apa lagi nak kena tulis-tulis ni. Kalau boleh aku nak jer guna laptop buat folio. Tapi tak boleh.

Untuk folio BM aku ni, aku kena tulis 36 bab. Kau fikir sikit. Banyak pulak tu. Dah lah tak boleh nak ringkaskan. Jadi aku pun buat lah 36 bab tu. Sakit belakang, sakit badan, sakit tengkuk, semua adalah. Maklumlah aku nak berusahah jadi budak cemerlang. Wakakakakakakakakakakakakakaka.

Aku ambil masa 3 atau 2 minggu nak siapkan folio ni. Memang jemu nak buat. Aku jarang buat folio. Bila aku tahu kawan aku buat folio cepat sangat. Aku pun nak buat cepat jugak. Korang boleh katakan yang aku memang jeles dengan dia. Padahal dia baru start, tapi dia siap dulu. Tu aku tak puas hati.

Dah siap banyak tu, apa lagi aku hiaskan. Aku hiaskan lah ala-ala hispter. Jadilah folio BM hipster. Hahahahahahah