Top Vlogger Atau Top Youtuber

Assalamualaikum. Nampaknya dah lama aku tak taip menaip. Sebenarnya Google Chrome aku ini jahanam nam nam. Nak klik apa semua lambat. Sakit hati aku dibuatnya. Sekarang nampaknya elok lah sikit.

Baiklah, itu bukan topik yang aku nak bincangkan sekarang ni. Hari aku nak memperkenalkan beberapa top vlogger atau top youtuber. Mungkin ada yang korang kenal. Mungkin ada yang korang tak kenal

Mula-mula ialah Shazreen Fazlynda . Shazreen ni adalah salah satu youtuber perempuan. Kak Shazreen ni kebanyakkan memuat naik video seperti short film. Bila aku tengok video dia, pasti ada sedih, lawak dan nilai murni. Sekarang Kak Shazreen dah semakin popular. Macam mana aku tahu pasal video Kak Shazreen. Mula-mula kat FB penuh dengan viral video "Ragam Facebook". Waktu tu terdetik nak cari Kak Shazreen kat YouTube. Rupanya banyak lagi video lawak-lawak yang dia ada.

Seterusnya ialah group MrTheAllShared . MrTheAllShared ni ada nama singkat. Lebih senang kata nama dalam segi akronim. So nama pendek dia MTAS. Channel ni lebih kepada pendidikan agama. Videonya ada yang lawak dan ada yang serius. MTAS sekarang ni dah berjaya masuk TV. Video mereka jadi ending dalam cerita di TV AL-HIJRAH.

Okey, sampai disitu saja. Korang pergilah ke channel mereka. Sebenarnya aku kenal banyak lagi. Tapi ini saja youtuber atau vlogger yang aku rasa TERBAIKKK.

8 ulasan:

  1. Hi Amirul..thank you very much keep in touch.

    BalasPadam
  2. Pernah tgk gak video shazreen fazlyndaa. Yg bahasa utara tu kan?? Best video dia, cuma kalau perempuan ni buat video kadang mcm bingit sikit...content ok. Mat lutfi jugak vlogger terbaik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahahaha^^ terlupa nak senaraikan mat lutfi...hahaha

      Padam
  3. mmg best diorang ni..hihi satu lg vlogger yg bg akak best ----> Aisyah Shakirah hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. aisyah shakirah mirul tak kenal. insyaAllah nanti mirul cuba tngk video.

      Padam
  4. suka MTAS. selalu tgok yg kat fb2 tu je

    BalasPadam