Ramadan Tiba !!

Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak on blog. Maklumlah aku ni masih budak sekolah. Ada kerja sekolah yang nak kena dibuat lagi. Macam-macam nak kena buat. Sekarang ada sikit masa free. Aku nak cakap pasal bulan Puasa ni.

Aku rasa masih boleh lagi untuk aku ucap Selamat Berpuasa kepada semua kawan-kawan aku dan kepada korang. Aku harap bulan puasa tahun ni semua baik-baik jer.

Bulan puasa tahun ni lain sikit. Selalunya, aku pergi terawih tak ada aircond. Sekarang masjid tu dah ada aircond. Seronoklah aku, HAHAHAHAHAHAHAH.

Bila bulan puasa ni, mestilah mercun bawang jadi pujaan aku. Mercun bawang tu apa yaaaa?. Hahahaha. Mercun bawang tu namanya POP POP. Mercun yang korang dok main perang-perang tu.

Sekarang aku dah 16 tahun. Dah semakin tua. Teringat pula aku time aku kecik-kecik bila bulan puasa. Time aku kecik, aku malas gi tarawih. Lepas jer berbuka, terus keluar main mercun bawang. Main perang-perang katakan. Siapa kena mercun bawang dikira out. Aku selalu menang. HAHAHAHAHA. Bunga api pun aku main jugak. Bunga api fevret aku, bunga api besi tu. Memang aku suka bunga api tu. Berpancar-pancar.

Lagi satu, aku start puasa masa aku darjah 3 or 4. Okey lah tu kan. First time aku puasa penuh time aku darjah 5 or 4. Hahahahahahahahahaha. Maklumlah, time tu aku kecik lagi. Tak kuat iman.

Aku lepas main mercun, terus main masak-masak. Walaupun aku seorang lelaki, aku kenalah main masak-masak. Kalau tidak siapa nak berlakon jadi ayah. Karakter ayah selalu aku dapat time main masak-masak. Dulu aku jahat. Ambil buah pelam. Bakar daun kering. Ambil tempurung kelapa. Potong pelam. Masukkan pelam dalam kelapa. Inilah cara-cara aku main masak-masak dengan kawan aku.

Ini semua kenangan aku time aku kecik-kecik. Aku harap aku dapat lakukan balik kenangan aku ni. Aminnnnnnnnnnn...