Diam Jer Mr Mirul

Assalamualaikum. Nampaknya aku semakin lama semakin jarang buka blog. Maklumlah aku kan budak sekolah lagi. Banyak benda nak kena belajar. HUHUHUHUHU.

Entah kenapa tahun ni aku nampak terlalu aktif dekat sekolah. Mungkin sebab sekarang aku seorang pengawas. Mungkin lah. Aku memang dari dulu nak buka blog tapi bila dah bukak tak tahu nak buat apa. Jadi, aku tutuplah laptop.

Apa benda yang buat aku busy? Semestinya aku busy dengan homework yang tinggi mengunung. Kedua aku busy menguruskan hari kemerdekaan. Hias kelas, hias sana dan hias sini. Dalam musim kemerdekaan juga aku terlibat dalam melukis banner tema "Sehati Sejiwa".

Cakap pasal banner, ada cikgu datang ke kelas aku sambil tengok banner yang tergantung dekat luar sekolah. Lepas tu, cikgu tanya siapa yang buat. Aku dengan kawan-kawan aku pun pergi lah hadap muka cikgu tu. Cikgu cakap banner kitorang cantik, kalau nak bawa ke peringkat negeri, InsyaAllah cikgu bawa kitorang. Amin~~

Lepas dah tak busy sangat, tiba-tiba ada folio kene buat. Bertambah busy aku dibuatnya. So, disini aku ingin memaklumkan bahawa yang aku tak akan selalu aktif di blog. So, jangan anggap aku dah tak berblog. Sekian.