Tips Bergaya Hispter Simple But Nice

Assalamualaikum. Aku nak bagi beberapa tips lah ni. Aku bukan nak kata yang aku ni hipster. Sikit pun tak. Tapi aku rasa aku boleh share sikit demi sedikit yang aku tahu pasal hipster ini. So mari kita baca dengan teliti. Yang rabun boleh lah pakai cermin mata sekarang

GAYA RAMBUT

Bagi gaya rambut, ia bergantung kepada korang sendiri. Bagi aku, nak bagi nampak hipster bahagian rambut, sikat jer lah macam mana asalkan korang nampak hensem. Sebab rambut ini ikut tuan badan. Kalau tuan badan kata tak sesuai, maka tak sesuai lah.

AKSESORI KEPALA


Bagi kepala korang, korang boleh pakai beberapa aksesori di atas itu. Kalau korang ada personaliti sendiri, ikutlah gaya sendiri. Tapi ini kira gaya aku lah.

Warna snow cap/ hats/ cap korang sendiri bergantung pada warna baju korang.

GAYA BAJU


Ini ialah gaya baju yang aku minat. Sesuai bagi lelaki yang tinggi macam aku. Kalau baju macam ini aku tak saran kan korang pakai caps atau hats sebab dia sesuai dengan snow cap. Bagi aku jer lah. Jangan marah. 

GAYA SELUAR


Korang mesti tahu pasal seluar ni. Orang kata sesuai untuk gi jogging jer. Kepala hotak kau!! Untuk fashion pun boleh. Ikut warna baju korang. Kalau coklat, seluar kena lah coklat perlahan sikit. Jangan sama warna dengan baju. Nanti tak cantik. Iya-iya jer aku ni.

GAYA KASUT
Ini gaya kasut kegemaran aku. Nak dapat gaya kasut macam ni disarankan guna jenama VANS. Kenapa aku suka kasut ni. Sebab kasut ini senang nak pakai. Tak payah nak ikat-ikat. Huhuhuhu Aku pemalas

SEKIAN
Gaya fesyen yang aku tunjuk ni ialah Vintage Hipster. Macam tenang jer mata memandang. Aku suka gaya hipster yang guna warna gelap tapi aku suka juga hispter yang guna warna lembut-lembut. Jadi mari kita bertukar gaya.


1 ulasan:

  1. MK paling suka kalau lelaki pakai baju besar dengan short pant je, fuhhhh! berterabur iman :p

    BalasPadam