Salam Ramadhan & Aidilfitri


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sorry sebab ucapkan lambat untuk bulan Puasa ni. Aku terlalu sibuk and kadang-kadang aku malas nak buka blog. Lagipun aku busy siapkan kerja khusus seni.

Aku dalam bulan Ramadan ada lah masalah sikit dengan orang sekeliling.

Apa perasaan korang, korang usaha macam-macam untuk majukan sesuatu tapi ia hanya menjadi sia-sia disebabkan orang tertentu.

Apa perasaan korang kalau korang saja beria-ria dalam sesuatu dan orang lain buat tak kisah jer.

Apa perasaan korang arahan korang langsung tak didengari padahal untuk kebaikan semua orang.

Apa perasaan korang bila korang tahu perangai kawan korang yang sebenar

Inilah yang aku hadapi sepanjang dalam bulan Ramadhan.

Aku juga dapat banyak homework. Banyak gila wei. Cuti 2 minggu jer tapi kerja sekolah macam cuti 2 bulan. Ujian bulan Ramadan katakan. Huhuhuhuhuhu. Dahlah buku math aku dekat kawan, dalam tu dah lah kerja sekolah. Pusing kepala ni dibuatnya.


Ok Kejap, bagi aku kesempatan nak promote grup WhatsApp aku. Grup ini dinamakan Sekelompok. So, apa motif aku buat grup ni. Simple, kita buat kawan dalam laman maya. So, dengan join grup ni korang boleh tambah lebih banyak kenalan. So mari kita jadi sekelompok senang cerita satu geng. Tak susah kan. Gp ni tak dapat sambutan sangat sebab baru dicipta semalam, ahli pun 5/6 orang. So, aku promote untuk tambah ahli. Kalau nak join, just email aku nombor telefon korang dekat gengsahabatz@gmail.com. Aku akan inkan korang. Hope korang beri sambutan. Tata tutu titi.


Rutin Sebelum Ke Sekolah.


Assalamualaikum semua!!

Hari aku nak ceritakan apa yang aku selalu buat dalam perjalanan ke sekolah atau senang cerita persiapan aku pergi kesekolah.

Aku bangun sekolah pukul 5 pagi. Kadang-kadang aku bangun pukul 4:30 pagi. Kenapa aku bangun awal sangat yaaa? Aku bangun awal sebab aku bersiap sangat lambat. Lepas saja aku mandi, aku bersiap-siap macam biasa. Pakai sependa, seluar, dan singlet. Baju sekolah aku pakai kemudian sebab takut nanti rasa nak keluarkan hajat dalam tandas, habis baju bekedut. So kemudian kan dulu.

Okey selepas itu, baru aku gosok baju aku. Baju jer ker aku gosok? Yup baju jer. Seluar sekolah aku, aku tak pernah gosok. Sebab apa. Aku ada sebab munasabah iaitu malas. Hahahahahaha... Lepas dah siap aku akan sikat rambut yang telah disapul gel rambut. Kemudian, aku buka kipas, aku keringkan rambut aku. Lepas itu, aku sikat balik rambut aku bila dah kering.

Kenapa aku buat macam tu? Rambut aku kalau kering semula jadi, jadi kerinting. So aku kena keringkan dengan kipas lepas tu sikat balik bagi nampak straight jer rambut aku. Aku tak suka sebenarnya kalau rambut aku kerinting.

Lepas tu aku sembahyang subuh dengan memakai singlet. Lepas sembahyang, kalau sempat aku baca al-Quran satu muka surat.

Kemudian, kalau aku kemas beg, aku akan check dua kali supaya tak ada buku tertinggal atau silap bawak buku ataupun sila ikut jadual. Lepas tu aku simpanlah botol and kotak pensil di akhirnya.

Lepastu pakai baju, tali leher, vest dan kasut. And then, teruslah pergi sekolah.

Aikkk. Tak breakfast ker? Yup aku tak sarapan sebab aku dah terbiasa. Lagi satu aku tak suka sarapan nanti feeling nak lepaskan hajat dekat tandas. And aku memang tak suka lepaskan apa-apa ditandas sekolah. Okey itu saja.

Kita jumpa nanti, sory sebab aku busy nak get ready untuk SPM.

SPM Ku SPM Mu Jua


Aku telah ditimpa oleh pelbagai masalah. Lagi-lagi bila SPM ni.

Baru-baru ini aku ditawarkan oleh Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar untuk melukis doodle di atas meja bilik frog. Jadi satu meja dikenakan bayaran sebanyak RM10. Dalam bilik tu ada 16 meja. So, RM160 aku dapat kalau buat seorang tapi aku buat dengan kawan-kawan aku sebab aku suka share rezeki. Cehhhhh, bajetnya aku.

Jika tiada masalah, guru besar sekolah tu bersetuju, aku akan dapat tawaran untuk melukis dekat dinding bilik frog tu. So, doakan lah guru besar tu puas hati.

Selepas tu, aku ada banyak bengkel SPM. So aku agak busy dan terpaksa hentikan kelas seni aku. Kesian, anak-anak murid aku tak dapat belajar seni dengan aku. InshaAllah, kalau cikgu tak busy cikgu sambung ajar korang semua.

Dan pada 31 Mac hingga 2 April akan diadakan Karnival Usahawan Seri Iskandar (KUSI). So, aku tak sabar nak join event tu. Lagi-lagi, ada artis undangan dalam karnival tu. Iaitu dua penyanyi dari syarikat rakaman FMC iaitu Tajul and Wani. So, aku berharap aku dapat selfie dengan dia. Aamiin.

So, di sini jer kot. Aku nak release tension dahulu.