Mr Mirul Dulu & Sekarang

Assalamualaikum. Sudah lama tak menaip di blog ini. Kali ini, Mirul nak mengisahkan tentang diri Mirul yang dulu dan diri Mirul yang sekarang. Mirul mula dari darjah 1. Masa Mirul darjah 1, Mirul tak pandai baca langsung. ABC pun Mirul tak kenal. Setelah mak Mirul tahu yang Mirul tak pandai baca. Mak Mirul mula kan misi sebagai mak. Mak Mirul didik Mirul sepenuh tenaga untuk jadikan Mirul pandai membaca. Sudah beberapa hari belajar dengan mak, Mirul mula dapat membaca. Dan Mirul dapat banyak anugerah. Tapi semuanya tak membawa ke mana. Mirul masih di kelas tercorot.

Sekarang Mirul akan membawa kisah Mirul masa darjah 6. Mirul selalu dapat markah yang teruk dalam Matematik. Sangat teruk. Mirul tak tahu nak buat macam mana. Lepas tu, Mirul cuba tumpu pada kelas. Syukur sebab Mirul tak gagal Matematik dalam UPSR. Mak Mirul pun terkejut.

Sekarang Mirul bawa korang masa Mirul tingkatan 1. Semasa Mirul tingkatan 1, Mirul berada di kelas ke-6 dari 7 kelas. Mirul gagal Matematik banyak kali semasa tingkatan 1.

Sekarang Mirul bawa korang ke tingkatan 2. Semasa tingkatan 2, Mirul mula naik kelas ke-5 dari 7 kelas. Mirul tak tahu kenapa Mirul ada kat kelas tu. Selepas tu, dekat kelas tu ada murid orang asli. Sebenarnya seronok juga berkawan dengan orang asli. Dalam kelas tu juga, ada cikgu yang banyak berjasa untuk Mirul. Dia cikgu matematik. Banyak dia dah ajar pada Mirul. Semenjak dia ajar Mirul. Matematik Mirul jadi lebih baik dari dulu. Bahasa Enggeris pun Mirul dah mula baik di kelas ni.

Sekarang kita ke tingkatan 3 ataupun tahun ni. Untuk maklumat korang, Mirul naik kelas lagi iaitu kelas ke-4 dari 7 kelas. Kelas ke 3 dan 4 ialah kelas yang tergolong kelas budak pandai. Kelas 1 dan 2 pula kelas paling pandai. Mirul kelas ke-4. Dekat kelas ni, ada cikgu yang mula bagi Mirul mula pandai dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih cikgu. Sekarang Mirul asyik lulus matematik jer. Tak tahu lah pula kalau PT3 nanti fail matematik. Harap-harap tak lah. Mirul pula berpeluang jadi mentor matematik masa tingkatan 3.

Kalau korang baca dengan teliti, korang boleh nampak perkembangan Mirul. Dulu Mirul hanya sebuah benih yang semakin membesar menjadi pokok dan pokok itu mula hasilkan buah. Maknanya, dari kita tak tahu apa, kita mula tahu macam-macam. Orang cakap kalau nak bawa bekal kena ada lauknya sekali. Maksudnya, Kalau nak pandai, kena lah usaha. Kalau kita nak bangga kan hati ibu bapa kita. Kita kena lah banggakan diri sendiri. Jangan fikir bila kita berada di bawah, kita tak boleh yakin. Jangan harapkan orang luar bantu kita. Cuba dalami hati sendiri, otak sendiri. Baru kita tahu mana kelemahan kita. Dari situ, kita cuba untuk bina tangga. Tangga untuk apa. Untuk ke pintu kejayaan. Doakan Mirul berjaya PT3.

10 ulasan:

  1. Di mana ada kemahuan . Di situ ada jalan mirul . All the best for ur PT3

    BalasPadam
  2. Gudluck mirul for PT3, u can do it ;)

    BalasPadam
  3. ada kemajuan. bagus bagus. hehehehe

    BalasPadam
  4. all the best ya. nice entry :D
    study elok2 :)

    BalasPadam
  5. Bagus bagus... Sapa berusaha dia berjaya :)

    BalasPadam
  6. Moga terus maju. Seimbangkan akedemik dan agama . Mudahan mudahan dapat senangkan hati ibu ayah dunia & akhirat. :)
    Btw, ini, first time singgah sini. Salam kenal :) jput singgah rumah http://kimchaa.blogspot.my

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum. Ada improvement ! keep it up.

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum. Ada improvement ! keep it up.

    BalasPadam