Tahun Depan SPM. Tidaaaakkkkkkk

Assalamualaikum.

Apa khabar korang? Korang kenal aku tak? Mesti dah tak kenal aku kan. Maklumlah aku sudah lama tak on blog aku. Aku busy gilaaaaaaa.

Aku cadang nak buat blog aku punya rupa lain sikit. Tapi sifat malas aku lebih menguasai diri aku. Lagi aku tak tahu nak ubah apa dekat blog aku ni.

Sekarang aku berumur 16 tahun. Aku tak tahulah aku blogger lelaki termuda ke. Terhensem ke. Tapi yang aku tahu aku blogger yang paling malas nak on blog. Muahahahahahaha. Sebenarnya aku bukan malas, tapi aku sangat malas. Ehh? Sama jer tu

Tahun depan, aku akan lagi lama gilaaaaaaaaaaa tak on blog. Sebab apa? Sebab SPM lah semua adik manis. Aku tak tahu lah hadapi SPM macam mana nanti. Orang kata lah? Bukan binatang kata tapi orang kata SPM akan tambah 60% KBAT. Aku rasa sangat seronok. Bahagia. Rasa nak berterbangan di udara apabila mendengar berita yang sangat baaaaaiiiikkkkk.

Aku nak tamatkan disini. Jadi aku nak beritahu semua yang SPM tahun depan. Semoga berjaya kerjaya malaya gelaya dan segala ya dihujung. Jumpa korang lepas SPM or bila-bila masa aku free.

4 ulasan: